Kau fikir kau sudah sampai?
Sampai ke mana?
Ke bulan bintang?
Ke hujung Bima Sakti?
Kau belum sampai kawan
Kau kencing
Hancing!
Kau fikir kau sudah tiba?
Tiba di mana?
Di akhir penghayatanmu?
Di pelusuk ketenanganmu?
Kau belum tiba teman
Kau setakat gebang
Temberang!
Kau fikir kau sudah tinggi?
Tinggi takat mana?
Tinggi Gunung Jerai?
Tinggi langit tujuh?
Kau belum tinggi sahabat
Kau angan-angan
Berangan!
Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
8:21 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio
0 comments