SYURGA DI BUMI

Friday, December 11, 2020 at 5:32 PM

SYURGA DI BUMI

Dari langit kita turun
Kepada langit kita berampun
Dalam diri kita berahsia
Di bahu kiri hilang rahsia
Mungkin diri tidak sempurna
Tetapi hati harus mencuba
Di hasut nafsu jiwa ini
Semoga hidayah menghadiri
Bertawaf khusyuk sampai tujuh
Bertapak jauh ulangnya tujuh
Bercukur buang sampai licin
Agar naluri sejuk dan dingin
Ziarah hormat rendah diri
Berteguk air telaga hakiki
Berdoa malu hasrat bertanya
Bilakan lagi aku dijemputNya
... ke Syurga di Bumi


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
5:28 petang
Kuang
Buanaseni Studio




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates