Tiba-tiba hujan pun turun
Membasuh duka yang terhimpun
Dari langit, Dia melihat
Manusia kerdil lemah semangat
DihantarNya angin merdu
Bersiulan bagaikan perindu
Maka wujudlah senyuman
Dan berkilaulah emas sulaman
Di tangan ini ada dedalu
Mungkin ke tanahlah ianya perlu
Agar tumbuh anak-anak harapan
Sebagai tunas masa hadapan
Berat di bahu sebak di hati
Jika tak mampu tak akan di beri(Nya)
Lemah di kaki kusut di dahi
Setakat mampu kita redhai
Oleh Jo Haq
7 Disember 2020
1:15 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio
0 comments