SAMPAN, SUNGAI DAN LANGIT BIRU

Saturday, December 12, 2020 at 2:52 PM

SAMPAN, SUNGAI DAN LANGIT BIRU

Satu! Dua! Tiga!
Lari! lari!
Mana kau mau lari syaitan?
Pecutlah kau sekuatnya
Berkayuhlah wahai marhain
Sehingga anjing itu kelelahan
Ketinggalan ia di belakang
Menggoyangkan ekornya yang riang
Kawan, kau singgahlah di pinggir sungai
Kau ambillah nafas yang hilang
Kau teguklah air yang suam
Sementara itu,
Kau nikmatilah keindahan alam
Kebiruan langit yang mistikal
Kehijauan fauna yang kekal
Dan kau renungkanlah
Kemiskinan kaum yang bersampan
Kedaifan puak yang setinggan
Nescaya apa yang kau fikir kurang
Tiada siknifikasinya lagi
Apabila kau di dalam kesyukuran
Dan dipeluk keredhaan


Oleh Jo Haq
12 Disember 2020
2:06 petang
KL Eco City
Buanaseni Studio




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates