AHLI-AHLI KERUSI HIJAU

Saturday, July 31, 2021 at 7:42 PM

AHLI-AHLI KERUSI HIJAU

Monyet-monyet itu
Mereka terengkak-engkak
Melempar kata
Melontar tohmahan
Meroyan tak tentu hala
Makin kita lihat
Makin kita menyampah
Mungkin ini azab dunia
Manusia yang berdosa
Mana pergi wakil kita?
Manifestonya yang dulu manis
Mana hilangnya kewarasan?
Mungkin disimpan dalam lutut
Mana wujudnya demokrasi
Melabun sudah ideologi itu
Melingkupkan dunia

Oleh Jo Haq
31 Julai 2021
7:38 malam
Bangsar




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates