'Bro', aku dah sendat ni
Dah tiga bulan tak bayar hutang bank
'Tuition English' anak aku pun tak sambung
Bini asyik bising kenapa 'cancel' Netflix
Duit rokok dah jadi duit 'mask' muka
Simpanan tua dah kerepot
Kerja baru belum dapat-dapat lagi
Nak bawak Grab, orang dah tak berjalan
Nak biarkan sahaja rambut panjang
Bukan ada 'Boss' nak bising
Alih-alih, Kerajaan masih bingung
Tengok MySejahtera, 'vaccine' belum sedia
Tanya khabar kawan, ada yang dah mati
Tengok bil letrik, RM213.46
'Bro', pinjamkan aku RM500
Bila virus ni hilang, aku bayar balik
InsyaAllah, aku usahakan jua
Marhaen macam aku, apa pun aku boleh
Janji aku ada pekerjaan
Untuk tampung anak dan bini
Untuk hidup
Oleh Jo Haq
10:46 malam
6 Julai 2021
KL Eco City
0 comments