Tidur sahaja
Tidurlah marhain yang lara
Agar mimpi-mimpi indah belaka
Biar fantasi kunjung tiba
Menggambarkan indahnya dunia
Melupakan duka dan nestapa
Menjanjikan esok yang ceria
Memeluk suam rasa cinta
Untuk alam dan manusia
Mengharung hidup ini jua
Di dalam keperihan buana
Dengan keredhaan yang Esa
Oleh Jo Haq
19 Julai 2021
11:12 malam
KL Eco City
0 comments