GERGASI HIJAU

Sunday, July 18, 2021 at 11:36 PM

Gergasi Hijau

Anak kecil menangis teresak-esak
Dia rindu ayahnya jauh sangat
Kata anak, 
"Ayah, mana gergasi hijau?"
Ayah sebak
Dia membelek-belek katalog kek
Mana nak cari kek gergasi hijau?
Budak kecil dah berfantasia
Tentang makluk hijau pecah dinding
Dinding bata yang diperbuat dari kek
Kononnya esok anak boleh kunyah bata
Kononnya esok dia sambut dengan gergasi
Sambut harijadinya dengan binatang hijau
Ayah masih membelek-belek internet
Semua tak berjalan
Habis perniagaan tutup
Bukan apa pun
Nak beli gergasi hijau saja pun
Untuk anak kecil kembali riang


Oleh Jo Haq
19 Julai 2021
12.00 pagi
KL Eco City




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates