TIGA TUJUH KOSONG

Sunday, May 31, 2020 at 10:52 PM

TIGA TUJUH KOSONG
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2014
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm


Tiga Tujuh Kosong

Berpusu-pusu tingkahnya umat
Yang tidak sabar bersolat hajat
Dengan sendunya yang masih belum tersejat
Untuk insan-insan yang tersesat
Ada juga yang gundah gulana
Yang di kuil mahupun di gereja
Dengan gelora titisan air mata
Untuk kehilangan ahli keluarga
Sudah dua kali jelmanya mentari
Yang ujanya tiba di malam hari
Dengan pelbagai teori konspirasi
Untuk gandingan bahu mencari-cari
Sana-sini manusia mengeluh
Kerajaan sedunia turut menyuluh
Dengan pasukan yang berpuluh
Diharap keadaan dapat disembuh
Kini yang tinggal kita bertenung
Menanti cahaya di hujung terowong
Agar pedih tidak lagi diharung
Dari tragedi MH Tiga Tujuh Kosong
Dari misteri MH Tiga Tujuh Kosong
Dari hati yang kekosongan



Jo HaqShah Alam 2014


DI AMBANG 40

at 9:52 PM

DI AMBANG 40
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2013
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm


Di Ambang 40

Masih aku ingat kereta Volvo 240 bapa aku
Masih aku ingat rancangan Cumi dan Ciki
Masih aku ingat Sudirman di Chow Kit Road
Masih aku ingat Padang Lumba Kuda
.... Jalan Ampang
Masih aku ingat kereta Datsun Driving School
Masih aku ingat Penilaian Darjah 5
Masih aku ingat Pau Yik Mun di Tanjung Malim
Masih aku ingat Wan Zaleha Radzi
Masih aku ingat ubat gigi Darkie (bukan Darlie)
Masih aku ingat dinosaur di Mimaland
Masih aku ingat belangkas di Port Dickson
Masih aku ingat Bas No. 222 dari Shah Alam ke KL
Masih aku ingat ayam goreng McDota
Masih aku ingat pengacara radio Zainal Din Zainal
Masih aku ingat Lembaga Letrik Negara
Masih aku ingat ‘typewriter’ kuning kakak aku
Masih aku ingat harga Dunhill sekotak RM2.40
Masih aku ingat Jaya Supermarket Seksyen 14 PJ
Masih aku ingat Eddie Lawson di litar lumba
Masih aku ingat ‘tea dance’ Piccadilly
Masih aku ingat komputer Apple II C
Masih aku ingat Hantu Kum Kum
Masih aku ingat kasut sekolah Warrior
Masih aku ingat pakaian kanak-kanak Ladybird
Masih aku ingat hero bola sepak Mokhtar Dahari
Masih aku ingat pasaraya Great Wall di Kelang
Masih aku ingat Roundabout Rothmans
Cepatnya masa berlalu


Jo HaqShah Alam 2013


BERIKAN DAKU LIMA MINIT

at 8:36 PM

BERIKAN DAKU LIMA MINIT

Di alam mimpi aku terjaga
Saleha di situ
Di bucu katil dengan senyuman
"Ahh, Saleha, kenapa lama menghilang?"
"Saya ada, Abang yang tak kunjung"
Bukan aku tak kunjung
Aku insomnia
Tidak mampu selam ke alam mimpi
Alam yang aku tunggu-tunggu
Alam Saleha di situ

Di alam nyata aku terjaga
Rashidah di situ
Di pintu bilik mukanya bengis
"Abang! Cepatlah bangun! Pergi beli ikan, ayam, sayur dan susu badam"
"Ye lah! Ye lah! saya bangun ni"
"Habis tu, kenapa berselimut lagi tu?"
"Bagi saya tidur sikit lagi, lima minit saja"

Di alam mimpi aku terjaga (lagi)
Kedua-dua Saleha dan Rashidah di situ
"Ehh! Apahal dua-dua sini?"
"Kami tunggu Abang, ke sana, ke sini, ke sana, ke sini"
"Oh! Hmmm.... "


Nukilan Jo Haq
Buanaseni Shah Alam
Shah Alam
31 May 2020
8.31 malam

MURAI BATU MAKAN ULAT

Saturday, May 30, 2020 at 5:13 PM

MURAI BATU MAKAN ULAT

Apabila tibanya Murai Batu
Angin bersepoi lalu
Awan kelabu pilu
Angan-angan pun diseru
Di usia yang hampir lanjut
Belum sempat dibayarkan hutang
Belum sempat dikahwinkan anak
Kasut kulit masih sama sepuluh tahun
Pohon kelapa pandan sudah dua-puluh kaki
Jaket kulit Australia dah berkulat
Buka TV, muka sama cerita politik
Buka radio, Zainal Din Zainal dah hilang
Murai Batu tadi ke mana?
Murai Batu dah makan ulat tadi
Murai Batu tak kisah pasal kau pun
Dia pergi
Dengan angin sepoi yang lalu
Hilang ke dalam awan kelabu
Yang pilu


Nukilan Jo Haq
Buanaseni Studio
30 May 2020
5:00 petang
Shah Alam
 

CHEETAH

at 4:22 PM

CHEETAH
Caricreatures Return Series • By Johan Ishak of Buanaseni Studio • 2020 • Computer graphics via Samsung Galaxy Note 10+ and Stylus • For print on 2ftx2ft canvas








SPRINGBOK

at 3:24 AM

SPRINGBOK
Caricreatures Return Series • By Johan Ishak of Buanaseni Studio • 2020 • Computer graphics via Samsung Galaxy Note 10+ and Stylus • For print on 2ftx2ft canvas








HIPPOPOTAMUS

Thursday, May 28, 2020 at 10:41 PM

HIPPOPOTAMUS
Caricreatures Return Series • By Johan Ishak of Buanaseni Studio • 2020 • Computer graphics via Samsung Galaxy Note 10+ and Stylus • For print on 2ftx2ft canvas








PHOENIX

Wednesday, May 27, 2020 at 11:33 PM

PHOENIX
Caricreatures Return Series • By Johan Ishak of Buanaseni Studio • 2020 • Computer graphics via Samsung Galaxy Note 10+ and Stylus • Available for print on 2ftx2ft canvas





LOCHNESS MONSTER

at 12:01 AM

LOCHNESS MONSTER
Caricreatures Return Series • By Johan Ishak of Buanaseni Studio • 2020 • Computer graphics via Samsung Galaxy Note 10+ and Stylus • Available for print on 2ftx2ft canvas








IKAN KURAU AKU MANA LEMAN?

Tuesday, May 26, 2020 at 7:10 PM

Ikan Kurau Aku Mana Leman?

Bagi aku Kurau
Takdaktakdak Kurau
Aku kata bagi aku Kurau!
Pak Cikdah lewatKurau takdak
Selalu Timah beli adakenapa hari ni takdak?
Ye lahkalau nakdatang enam pagi
Kenapa cepat habis?
Ikan sedapmemang cepat habis
Kenapa cepat habis?
Pagi-pagi lagi Tokey Cina dah angkut
Ikan Kurau aku mana Leman?
Laahhh!, kan Leman dah kata, memang macam gitu
Sikit sangat ke Kurau kat laut tu?
Iya Pak Ciksusah mau dapat Kurau
Tapi aku mau Kurau
Hmmm… Senangin mauMacam Kurau jugak
Tak boleh sebab Timah kata kena Kurau
TimahMak Cik Timah?
YayaMak Cik Timah kau
Mak Cik Timah… bukan… dah pergi ke?
Timah suruh guna Kurau kalau goreng kunyit
Pak Cikpakai je ni ada Ikan Jenahak
Arwah Timah kata Kuraujangan lain
AduhhPakCikesok saya simpan satu Kurau
Simpan Leman, simpan Leman
Esok jangan lambatsaya simpan
Simpan Leman, simpan Leman
Baikbaik
Simpan Leman, simpan Leman


Jo Haq, Shah Alam 2020




THE MAN THAT LEFT THE WORLD 1, 2 AND 3

at 4:01 AM

THE MAN THAT LEFT THE WORLD 1, 2 AND 3
by Johan Ishak
25 May 2020
Computer Graphics applied on Ink on Paper Photograph




SPANAPURBA 1 DAN 2

at 3:56 AM

SPANAPURBA 1 DAN 2
by Johan Ishak
25 May 2020
Computer Graphics







BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates