MENIFESTO LALANG MUDAH TERBAKAR
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2013
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Manifesto Lalang Mudah Terbakar
Oh! padang lalang
Banyak betul lalang
Kiri dan kanan kau melambai-lambai
Tak tentu hala
Kalau tak kerana akar
Lalang terbang entah ke mana
Kuat temberang
Lupakan akar yang dari dulu menyokong
Mana kejujuranmu?
Kuat temberang lagi
Kejap kanan, kejap kiri, lagi
Tak tentu hala bermain dengan api
Lama-lama kau disambar
Baru nyah kau hilang semua wayang
Manifesto konon!
Jo Haq, Shah Alam 2013
0 comments