Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com
Badrul terasa sungguh teruja. Dia tidak sabar untuk menemui Mika, budak 7 tahun yang ibunya sedang menguruskan 'party' hari jadinya. Ibunya Si Mika sudah pun men'deposit'kan RM500 ke akaun Chung Kiaw Bank Badrul. Badrul cuma tinggal menjalankan kerjanya. Kerjanya sebagai seorang badut kelakar untuk mengukirkan senyuman dan gelak tawa di bibir anak-anak di 'party' hari jadi Mika. 'Party' tersebut akan berlangsung petang nanti di Kuala Lumpur, tetapi Badrul sekarang berada di Pulau Pinang. Tidak menjadi masalah. Badrul sudah pun membeli tiket kapal terbang. Apabila Badrul sampai sahaja di lapangan terbang, teramat terkejutnya Badrul apabila dilaporkan pihak syarikat penerbangan yang tiket kapal terbangnya itu kini sudah terbatal dan ganti rugi akan dibayar. Kata syarikat itu lagi, kapal terbang tersebut sudah terhempas di Selat Melaka akibat kuasa elektromagnetik yang kononnya ditembak oleh pihak lanun moden di perairan tersebut. Sebagai penebus, Badrul menyarungkan sahaja 'costume' badut kelakarnya dan merakamkan dirinya sendiri yang bermain watak Badut Kelakar Bongok yang mencuit hati manusia-manusia di lapangan terbang. Apabila siap, Badrul terus meng'whatsapp'kan rakaman video tersebut kepada ibu Mika agar dapat disiarkan di televisyen melalui kabel HDMI atau melalui 'laptop' petang nanti sewaktu 'party' hari jadi Mika yang ke-7.
BADUT DAN KAPAL TERBANG
Monday, October 21, 2019
at
11:13 PM
| Posted by
Johan
Posted In Short Stories (Malay) | |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments