DR ZAMRI DAN PONTIANAK KEBAYA MERAH

Saturday, October 26, 2019 at 2:15 PM
Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com




Dr Zamri selalu bekerja lewat di Hospital Seremban. Maklumlah, doktor memang selalu bertungkus lumus demi rakyat. Seperti biasa, pada satu malam Dr Zamri habis kerja pukul 12 malam. Di mindanya, "Aku nak balik mandi cepat-cepat, makan Maggi Goreng dan boleh terbongkang macam kambing tua tak sedar diri.

Maka Dr Zamri dengan rakus membawa Honda Civicnya dengan laju di jalan raya yang teramatnya gelap. Tiba-tiba dengan tidak diduga, seekor pontianak berbaju kebaya merah terbang mengikut kereta Honda Civicnya dari tepi. Dr Zamri menggelabah. Terkumit-kumit bibir kering membaca Al-Fatihah, doa makan dan doa masuk jamban berulang-ulang kali. Kerusi Honda Civicnya penuh dengan kencing hancing kuning Dr Zamri kerana terlampau takut sehingga terkencing di dalam seluar Levi's yang dibelinya di kedai Bundle di Bazar Bulat Ipoh dua puluh tahun yang lalu.

Pontianak berkata-kata sambil terbang, "Abang.... hoi Abang... dengarlah Sayang nak cakap ni... apa yang Abang takutkan sangat ni?"

Dr Zamri menjerit, "Celaka kau Pontianak Kebaya Merah! Kau boleh tanya aku lagi.. Cheh! Pergi kau dari sini. Kenapa kau ikut-ikut aku ni? Aku tak kacau kau pun!"

"Lah... Abang... bukan apa... saya nampak handfon Abang tu.... model baru Samsung S9. Saya nak cuba tengok kalau saya selfie macamana rupa.. cantik ke tidak? Itu pasal saya beli kebaya merah dari Fashion Valet ni"

Dr Zamri terus menekan brake Honda Civicnya. "Lah... apasal adik tak cakap awal-awal?"

Dr Zamri pun turun dari kereta dan berwefie dengan Pontianak Kebaya Merah. Kedua-dua Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah tersenyum indah tapi malangnya apabila butang kamera Samsung S9 ditekan, hanya muka Dr Zamri yang nampak sebab hantukan tak boleh muncul dalam kamera. Begitulah alkisahnya Dr Zamri dan Pontianak Kebaya Merah. Sekian.


0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates