HADIAH UNTUK BOBOI

Tuesday, November 12, 2019 at 7:02 AM
Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com


Chombie baru sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA. Dia penat. Dia baru keluar dari flight yang 7 jam panjangnya dari Melbourne, Australia. Dia penat. Malah, dah beribu kali dia menyatakan yang dia penat. "Hoi! Aku penatlah! Aku nak balik kat rumah aku di Setia Alam tu. Nak tidoq. Hang tau?"

Tapi Ikram tetap persisten, "Jom lah! Ikut aku pergi tengok Si Azrem tu lumba motosikal kat Sepang. Diorang lumba malam-malam syok tu. Kau ikut aku bonceng belakang kat motor aku ni. Nanti, aku belanja kau Nasi Vanggey esok ni bila kita turun balik kampung Ipoh. Amacam?"

Chombie macam kesian dengan Ikram tapi dia terasa amatlah penatnya. Mana tidak, bila dah kena jadi stewardess kat First Class, kenalah layan Dato' - Dato' keparats tu semua yang pelbagai karenah diorang tu. Si Ikram pun sebenarnya penat sebab dia pun sama-sama layan penumpang kat First Class, cumanya, Ikram layan Mak Datin yang dah tak dilayan suami masing-masing. Mereka bertiga, bersama Azrem, selalunya bersama-sama di dalam flight. Kali ini Azrem minta cuti sebab nak lumba motosikal. Kononnya dia dah menang banyak series. "Ikram, kitakan macam tak tidur 7 jam tadi dalam flight. Sekarang dah 1 pagi ni. Kau tak jet lag ke? Esok kan kita nak drive 200 kilometer balik Ipoh. Anak kau dengan nenek kau kat Simpang Pulai tu rindu kat kau. Kalau kau tidur lambat, lambatlah kita bertolak esok. Tertunggu-tunggu je budak tu nanti."

"Alahhh,... tak pe anak aku tu. Boboi dah besaq tu. Dia mana ada rindu-rindu ni. Bila aku tunjuk kat dia hadiah toy Transformers yang aku beli kat dia, dia lupa habih rindu nanti."

"Ikut suka hang lah Ikram. Aku mengantuk ni. Aku nak pi tidoq. Hang pi sorang sajalah. Jaga elok-elok naik motor tu. Bukan hang yang nak race. Si Azrem tu yang race tau!"

"Ye lah. Ni ko pengang beg aku ni dulu. Nanti esok aku ambik. Dalam tu ada toy Transformers untuk Boboi. Ok. bye!"

"Good night Ikram."

**********

"Kriiiinnnggg Kriiiinnnggggg ......... "

"Errrr.... hello. Sapa ni?"

"Errrmmmmm.... ni Azrem"

"Ni awat hang call pagi-pagi buta?" kata Chombie sambil mencari-cari jam yang sekarang dah pukul 3 pagi.

"Chombie,...... eerrrrr..... Chombie.... "

"Chombie, Chombie,.. apa dia cakaplah! Aku nak tidoq ni!"

"Ikram dah tak dak."

"Ikram apa?"

"Ikram. Dia. Dia tadi.... accident. Lori balak langgar masa dia buat u-turn."

".................................", Chombie membisu sambil mengeluarkan toy Transformers dari beg Ikram. Dia hanya mampu berkata, "Tapi Ikram tak sempat bagi Optimus Prime ni kat Boboi."


0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates