KECHEWA NASI LEMAK

Friday, November 1, 2019 at 12:27 AM
Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com


Kepada Persatuan Pembuat Nasi Lemak SeMalaya, Tolong sebarkan masalah Nasi Lemak di Malaya ni seperti berikut: 1. Namanya Nasi Lemak.... bukan Nasi Putih. Apesal tak rasa lemak? Ni dah kelentong tahap dosa dah ni. 2. Ikan Bilis kalau boleh letaklah segenggam ke. Ni 3 ekor aje. T I G A ekor sahaja. Bak kata KJ.... Ale Uto lah. 3. Telor penat mak ayam keluarkan cantik bulat bujur.... kau gi potong empat lepas tu satu perempat je kau kasi? What the hell? 4. Sambal... aduhhhh.... sambal.... kau reti tak masak ni? Tumis cili tu sampai masak... ni rasa macam cili ulam je. Lepas tu kau campak gula berlungguk nak kasi sedap. Aku ni high sugar in blood. Kalau nak manis letak banyak bawang lah beb. Adoi. Fail lah. 5. Tidak ada komplen pasal timun. Timun buang duit je bukan orang kisah sangat. Macam Richard Branson stop letak olives dalam airplane meal..... gitu. 6. Dah lah tu... harga seciput tu melebehi harga satu liter RON95..... damn! Yang kechewa, spanapurba

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates