SEBELAS LIMA PULUH TUJUH PAGI

Saturday, November 23, 2019 at 12:47 PM
Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com


Syahmi terkejut dengan bunyi alarm jamnya yang bertemakan lagu Lady Gaga. Sudah sepuluh kali butang Snooze ditekannya. Dia menggelabah. Hari ini hari Sabtu. Hari ini hari kedai buku sekolah anaknya terbuka. Hari ini sahajalah Syahmi berpeluang untuk membeli buku-buku sekolah anak-anaknya Hasan dan Husin, kembar Darjah 3. Dia bergegas ke bilik air untuk menggosok gigi dan spray minyak wangi Eternity. Syahmi tidak hiraukan badannya yang berlengas. Dia tidak mandi. Fikirnya, 'deodarant' Rexona yang dipakainya semalam sebelum tidur sudah memadai untuk mengelakkan bau badan pagi ini. Syahmi terus mengambil surat senarai buku dari sekolah dan kunci kereta Myvynya dan terus melenjan keluar. Sesampainya di pagar pintu sekolah, Pak Guard Gurkha bersuara, "Hello Mister. Ini gate you tak bole masok. You punya sticker kereta sodah expired. Kena beli baru".

"Errr... ala brader. Sekejap je. Nak beli buku je pun".

"Sorry lah Mister. Ini polisi sekolah lah".

"Aduhhh! Kau ni.. ishhhh.... oklah", keluh Syahmi sambil mengundur keretanya dan membuat pusingan mencari parkir di sekeliling luar pagar sekolah. Sudah 5 kali Syahmi memusing. Akhirnya Syahmi mengambil keputusan untuk 'double park' saja. Biarlah apa nak jadi. Hari ni sahaja Syahmi ada untuk membeli buku Hasan dan Husin sebab esok harinya Syahmi sudah mahu terbang mengerjakan umrah. Dia terus berlari ke kedai buku sekolah.

Sesampai sahaja di kedai buku, kakak kaunter bersuara dengan muka yang masam dan nada yang membuatkan Syahmi mahu menyepak muka kakak tersebut, "Encik, Encik ni dah lambat. Kita dah tutup ni. Kita tengah balancing cashier dah ni".

"Alamak... Kak... tolonglah. Saya hari ni sahaja boleh beli buku anak-anak ni. Patut saya sampai awal tadi tapi jaga tu tak bagi masuk. Jenuh saya pusing berpuluh kali cari 'parking'", luah Syahmi sambil menyedari sedikit tipu sunat mengenai kekerapan pusingan mencari parkir.

"Mintak maaf lah Encik. Ini polisi kami".

Syahmi merenung surat senarai buku. Surat menyatakan "Kedai buku buka dari 9 pagi sehingga 12 tengahari". Syahmi merenung pula jam Ice di tangannya. Jari jam menunjukkan 11.57 pagi. Syahmi mendongak pula ke dinding kedai buku, jam di dinding lewat seminit dengan terteranya masa 11.56 pagi. Syahmi melihat muka kakak yang masih membuatnya mahu menyepak mukanya sambil berkata, "Kak, tadi Kak kata polisi ye? Ni nampak ni? Surat dari syarikat Kak ni kata 12 tengahari. Sekarang ni 11.57 pagi. Kalau polisilah Kak nak kononnya ikut, saya berhak membeli. Kedai ini masih terbuka mengikut polisi. Surat ini tidak mengatakan yang kedai akan buat cashier balancing sebelum 12 tengahari. Jadi, tolonglah".

" Laaah... Encik, kita dah nak tutup cashier ni".

"Tolonglah. Kau ni hidup hanya sekali. Sebelum ajal sampai, buatlah benda yang berfaedah sikit. Kalau aku dapat beli buku ni, anak-anak aku boleh belajar. Esok ni boleh besar jadi doktor, jadi akauntan dan sebagainya. Ni kalau aku tak beli buku-buku ni, esok ni anak aku jadi penagih dadah, kau nak tanggung?"

Kakak kedai buku dengan muka toyanya, selepas 7 saat, pun mengalah, "Yelah, yelah, yelah... bawak mai sini list tu."

Syahmi menghulurkan 'list' sambil berkata, "Tenkiu Kak".



0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates