spanapurba.blogspot.com
"Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Saya nak tuntut hak saya sebagai rakyat negara ni. Dah lama saya terpendam perasaan ni sejak tahun 1992 lagi. Banyak lagi yang Kerajaan boleh buat. Pertama, saya nak semua majlis perbandaran membenarkan pusat-pusat video game ting tong. Lagi elok diwajibkan semua pasang balik game Street Fighter II dan 1942. Kedua, bukak balik pusat-pusat snooker kat semua bandar. Bebudak sekarang ni bahlol tak reti apa itu snooker sebab asyik main facebook 24 jam... macam gampang. Lepas tu saya nak harga teh ais kembali ke 60 Sen macam kat gerai Seksyen 2 Shah Alam tu dulu. Mana pergi keretapi Senandung Malam dan Sinaran Pagi. Kan best kalau rakyat boleh cilok sembunyi dalam toilet bila tukang tiket ronda. Murahlah sikit kos naik keretapi. Seterusnya, saya nak harga rokok diturunkan ke RM2.40 dan dibenarkan rokok dijual satu-satu batang yang dalam tin tu. Lepas tu, paksalah RTM pasang balik TV Series Airwolf, Macgyver dan the A Team. Tu baru class namanya. Ni bebudak sekarang dok tengok benda-benda bangang macam Justin Bieber buat apa? Anyway... Dato' Seri, itu apa yang saya rasalah. Tak tau lah rakyat yang lain apa diorang nak", kata Razak termengah-mengah.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merenung tajam ke mata Razak dan berkata, "Saudara Razak"
"Iya... saya"
"Saya memang prihatin dengan kehendak rakyat..... rakyat yang bertanggungjawab. Sudahkah Saudara Razak membayar cukai pendapatan? ... dan Saudara Razak pernah mengundi tak?"
Razak tersipu-sipu malu, "Errrr.... belum lagi Dato' Sri"
"Baik. Bila dah selesai bayar cukai dan berdaftar untuk undi, whassap saya. Saya akan cuba sedaya upaya... errrr.... mungkin untuk satu sahaja"
"Yang mana tu Dato' Sri?"
"Saya suka idea Snooker tu. Saya nak belia kita jadi macam James Wattana yang score 147 perfect"
0 comments