NASI BRIYANI KAMBING PUJAAN JO

Thursday, November 7, 2019 at 8:20 AM
Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com


Doktor Zamri Harun membebel lagi macam selalu, "Encik Jo. Encik Jo kena dengar nasihat saya sebagai seorang doktor ni. Dah berapa kali saya dah kata... control sikit bila makan tu. Kurangkan nasi. Kalau boleh jangan makan nasi langsung. Semua karbohidrat tu anggaplah sebagai racun. Roti pun jangan. Kalau kempunan sangat roti brown ok. Ubi kentang pun jangan. Kalau nak minum kopi biar black no sugar. Nescafe toksah nak teguk pun. Yang putih tu bukan susu. Kelapa Sawit semua tu. Coca-Cola, 100Plus, Pepsi, 7Up dan sewaktu dengannya kena kita lupakan. Minum air kosong saja. Ice cream, Tutti Frutti, Slurpee, ape jadah semua ni... forget it bro. Tahap gula dalam darah Encik Jo dah 7.1. Tinggi tu. Untuk lelaki umur 40 macam awak ni dah kena control. Silap-silap ni saya kena prescribekan ubat Diabetic untuk Encik Jo. Exerciselah selalu. Habis kurang pun 5km sekali lari. Buatlah 3 kali seminggu. Rokok tu lupakan sajalah. Dengan rokok tu macam-macam penyakit boleh dapat. Bila kita isap rokok, karbon dari rokok tu bercampur dengan darah mewujudkan karboksihemoglobin. Karboksihemoglobin boleh memendakkan lemak kolesterol ke dinding saraf langsung bila banyak, tersekat. Sakit jantung nanti. So bukan gula saja kena control. Lemak berbagai semua kena henti. You punya cholesterol dah 6.8 ni. Yang sedap-sedap contohnya Nasi lemak, kena stop. Nasi dagang kena stop. Roti canai, beef steak semua jagalah jangan banyak sangat.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "

Dengan tiba-tiba Jo bersuara, "berhenti di situ. Apa Doktor kata tadi?"

"Saya kata, Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "

"Apa? Apa? Cuba kau ulang lagi"

"Haiyooo.... saya kata tadi.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "

Jo terus berdiri dengan jari telunjuknya mula menunjuk ke arah Doktor Zamri, "Fikir betul-betul.... Doktor benar-benar hendak berkata macam tu?"

"Ye lah. Aku ni Doktor kasi advice kat kau. Kau kena dengar.... Nasi Briyani Kambing yang Encik Jo makan setiap hari Jumaat tu.... haaahh kasi Innalillah sajelah sama dia.... "

Jo terus memberi satu tamparan hebat ke muka Doktor Zamri sehingga terpelanting cermin mata Oakley doktor tu ke lantai dan bersemburan gigi dan darah keluar dari mulut bersepah di atas meja. Nurse yang tadi menggatal dengan Jo terus ternga-nga mulut melutut untuk mengelap mulut Doktor Zamri.

"Errr... jangan sesiapa di muka Bumi ini memisahkan aku dengan Nasi Briyani Kambing pujaan aku ok", kata Jo sambil bergegas keluar dari Klinik Harun.

Doktor Zamri cuma mampu berkata, "Apakah????"


0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates