www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 12:30 ptg, 10 Julai 1997, Perth Australia
ANAK SINGA DAN NAGA TUA
Anak Singa yang kononnya dulu yatim
Kini kembali di bawah naungan
Anak Singa yang kononnya dulu yakin
Kini hilang semangat
Hilang semangat melayan
Si Naga Merah yang tua perkasa
Bukan kemanusiaan,
Bukan harga bangsa
Dan bukan manifesto hak;
Tapi keangkuhan
Kebuluran kuasa dan ego
Pengertian lapuk yang masih disanjung
Dan pendalihan revolusi
Mungkin Anak Singa berkobar-kobar
Melaungkan kegelapan
Tapi tidak disedari
Akan air kencing hancing
Yang ditelan
Dan dinikmati
Ini satu epik kejahilan
Kemungkaran hak dan bongkak diri
Ini cerita dunia
Ketakburan hati dan resah jiwa
Naga bukan patriotik
Tapi hipokrit
Singa Tua bukan pendinding
Tapi pendalang durjana
Tinggal engkau sendirian
Wahai Anak Singa
Yang mengaum gagah
Tapi......
Tiada siapa yang mendengar
Tiada siapa yang menghirau
Pengeksploitasian Pulau Hong Kong
ANAK SINGA DAN NAGA TUA
Saturday, October 10, 2009
at
1:10 PM
| Posted by
Johan
Posted In Poem (Malay) | |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments