KOTARAYA

Saturday, October 17, 2009 at 3:44 AM
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 11:06 pg; 2 April 2001, Bandar Sunway

KOTARAYA

Seribu janji dan harapan
Penyuluh nasib insan – insan
Yang memanjat berkali – kali
Setelah kecundang acap kali
Kotaraya
Tempatnya jaya, kaya dan raya
Berwajah ma’nikam menghiasi jiwa
Hampir semua turut menarik
Apa yang patut dicapai saja
Resah gelisah ayah dan bonda
Menuai padi menangkap sepat
Terkenangkan anak di rantauan
Yang memanjat di Kotaraya
Seribu janji dan harapan
Ada yang jaya ada yang musnah
Tempat jaya, kaya dan raya
Kotaraya yang menjanjikan
Hampir semua turut menarik
Apa yang ada
…….cukup untuk hidup

0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates