www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 10:45 mlm, 16 September 1998, Wembley Australia
TOK Y.A.B.
Tok Y.A.B.
" Awat ketegaq sangat? "
Sudah lama di atas
Sudah tiba masa turun
Kalau dulu Tunku turun
Sebab dah tepu sumbangan
Sekarang Tok turunlah
Sebab dah terlebih tepu sumbangan
Tok Y.A.B.
" Awat tak puaih-puaih? "
Harta dah keliling pinggang
Nama dah keliling dunia
Umur dah keliling abad
Tinggal nak keliling kubur sahaja
Turunlah beribadat
Tok Y.A.B.
" Awat tunggu lama-lama? "
Banyak yang tunggu nak mengganti
Bukan kerusi sekarang sejak azali
Dan bukan kerusi sekarang kekal abadi
Kalau niat nak jadi mentor
Kenapa amali macam nak jadi diktator
Tok Y.A.B.
" Awat cenge tak tentu hala? "
Melayu, Cina, Iban, India
Semua bukannya tak hargai jasa
Tapi kalau boleh
Nak hargai kebebasan juga
Kebebasan demokrasi
Kebebasan imbangan tertib
Dan kebebasan hak
Tok Y.A.B.
" Awatlah hang loklaq sangat? "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments