LORONG

Monday, October 5, 2009 at 9:23 PM
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 2:30 ptg, 20 Mei 1997, Perth Australia

LORONG

Di ujung saujana sana
Kelihatan legam
Teragak-agak aku mangatur langkah
Masih pasrah
Masih berdenyut laju nadiku
Aku bergerak menuju ke sana
Melepasi lorong-lorong gelap
Yang bersiri tepat dengan laluan
Salakan di sana
Siulan di sini
Hanya bertemankan ayat-ayat
Untuk menyuamkan peluh yang sejuk
Beg di tangan kiri
Tembakau di tangan kanan
Tali leher terjerut
Melemahkan nafas semput
Menghembus asap-asap maut
Langkahku semakin laju
Semakin menuju selok tujuan
Aku tiba di penghujung jalan
Yang berkerlipan bintang di atas
Yang bersinar pelita jalan
Tiada lagi gelap
Tiada pasrah menyirap
Aku selamat
Aku selamat merempuh lorong hitam
........Ku campak!
........Ku pijak!
Api terpadam
Aku tersenyum lega......

0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates