PETIKAN GITAR KAYU USANG

Saturday, October 17, 2009 at 3:04 AM

www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 8:00 mlm, 11 Ogos 1998, Wembley Australia

PETIKAN GITAR KAYU USANG

‘A’ minor
Aku menderu suara
Memulakan ucapan-ucapan Ebeit
Yang berjiran dengan kita
Tapi seakan bermoyang satu
Dengan jari jemari berurat
Aku memerintah bunyi
Cebisan-cebisan nota
Yang akrab
Menjunjung irama dan lagu
Dalam gurindam melodi yang harmoni
Sambil menahan pedih
Ujung-ujung jari yang menebal
Gubahan nada saling berganti
Menjanjikan kanak-kanak riang
(…..yang melangut dan mulut ternganga)
Suatu kesinambungan hikayat
Camelia
Dengan terselitnya
Bunyi-bunyi sumbang
Yang jelas tapi tidak kerap
Menjejaskan kesempurnaan
Tapi merendahkan diri
Yang tidak lengkap
Petikan gitar usang
Berakhir dan kecundang
Dengan terputusnya dawai besi
Di kala aku mempuisikan
Nikmat bunyi
‘A’ minor

1 Responses to PETIKAN GITAR KAYU USANG

  1. UnNamed Says:

    this is my fave

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates