MANUSIA, BATU DAN TUHAN

Saturday, October 17, 2009 at 2:53 AM

www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 29 Ogos 1998, Wembley Australia

MANUSIA, BATU DAN TUHAN

Manusia berdiri gagah
Menyemai asas
Dari bukit-bukit pejal
Dari gading, emas dan mozek
Mereka mengecap sejarah
Atas nama Tuhan
Atas nama tuhan-tuhan
Yang mengembara dari timur ke barat
Di atas bahtera dan kafilah purba
Melalui bisikan dan syair pelaut
Tapi
Evolusi ini evolusi kuasa
Yang diguna dan dipergunakan
Untuk mendestarkan
Colosus penjaga pintu Rhodes
Zues di kerusi marmar
Menyusu dari payu dara Artemis
Evolusi ini evolusi tamadun
Yang dibina dan diperbiarkan
Bukankah Babylon itu
Syurga yang bertaman indah?
Tapi kenapa hilang ditelan zaman?
Sedangkan metropolis Iskandariah
Kehilangan Pharos dan Mousoleum
Inikan pula firaun-firaun Mesir
Yang berlindung dibawah ahram batu
Manusia hidup dan mati
Mencipta dan mengalpakan tuhan
Membina dan manghancurkan tamadun
Yang mampu mereka wariskan kepada kita
Hanyalah batu

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates