DI PAGI NOVEMBER
Saturday, October 17, 2009
at
3:40 AM
| Posted by
Johan
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 8:11 pg, 22 November 2000, Kerteh Terengganu
DI PAGI NOVEMBER
Langit tak rendah
Atau rasa gundah
Hitam dan kelabunya
Menusuk kalbu
Sambil mencurahkan kasih
Walau menghancurkan
Titisan air yang ganas
Mencakar dan merogol
Semangat insan - insan
...dan musafir hina
Yang kembaranya
Suci dan jujur
Tabah dan ikhlas
Ombak tinggi
Yang kini bermerah pasir
Di pinggiran teluk
Mencabar nelayan
Yang meredah samuderaraya
Dan merempuh badaian gelora
... bertawakallah mereka
Di pagi November
Jiwa -jiwa di Pantai Timur
Menangis
Kerana tidak berkesempatan
Untuk ke Teluk Bidara
Bersedih
Kerana tidak berkesempatan
Untuk ke Tanjung Jara
Wahai penghuni pantai
Tengkujuh menziarah kita lagi
Biarlah kita bermurah hati
Memberi peluang kepada Tengkujuh
Untuk hanya sebulan dalam setahun
Kita insaf..........
Posted In Poem (Malay) | |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments