KETURUNAN KEBAYAN

Saturday, October 17, 2009 at 2:18 AM

www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 4:07 ptg, 22 Oktober 1997, Perth Australia

KETURUNAN KEBAYAN

Dengan memamah isi dan darah
Dari keturunan sebelum
Segala zat dan kuasa
Sehingga ke titisan akhir baka
Kebayan berambut merah bermata hijau
Maharet dan Makare
Memamah
Otak, mata dan jantung
Yang mengeratkan insan dan penunggu
Di tebing Nil sana
Enkil dan Akasha
Berwakilkan Ra dan Osiri
Memulakan rantai keturunan
Dengan cebisan Amel yang wujud
Tapi tidak wujud.
Langsung,
Bermulalah dengan satu perkosa
Satu Perkosa yang mengubah sempadan
Sifat-sifat makhluk
Sang Khayman yang keliru.
Keliru akan keadilan dan tradisi
Dari perintis-perintis
Khayman, Maharet, Mael, Eric dan Azim
Dari kematangan
Magnus, Marius, Armand dan Pandora
Dari yang keliru
Louis, Claudia, Gabrielle dan Daniel
Dari durjana
Lestat
Telah dibangkitkan kembali
Permaisuri Uruk
Yang hanya ingin mentuhankan diri
Atas nama keadilan
Yang tidak berasas
Keseimbangan alam dan hujjah
Mungkin tidak dapat diterima
Kewujudan makhluk-makhluk
Yang bermotifkan kesilapan acara
Yang mengghibtahkan tubuh dan darah
Dan bertujuan laknat tanpa sebab

0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates