KRONOLOGI KEJATUHAN

Saturday, October 17, 2009 at 2:59 AM
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 3:45 ptg, 18 Ogos 1998, Perth Australia

KRONOLOGI KEJATUHAN

Akhirnya
Tumpah jua darah manusia
Di muka bumi
Dengan hasad dengki
Habil & Qabil
Akhirnya
Buta jua Azazil
Pada Idris
Yang menjahit kain
Dan mencungkil mata
Akhirnya
Tumbang jua Sameon
Pada Delilah
Dengan terbongkarnya
Rahsia rambut perwira
Akhirnya
Tunduk jua Balkish
Pada Sulaiman
Yang memerintahkan
Syaitan dan Jin menghamba
Akhirnya
Sesat jua Yahudi
Pada lembu emas
Yang berkata-kata
Setelah Musa pergi
Akhirnya
Hancur jua Abrahah
Dan tentera gajahnya
Pada burung-burung
Berbatu neraka
Akhirnya
Kita di sini
Akan jatuh
Pada Yakjut-Makjut
Dari dalam bumi
Akhirnya
Semua berakhir
Dengan kekosongan

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates