ARTIST'S MANIFESTO / PERSADAKATA SENIMAN

Monday, October 5, 2009 at 12:38 AM
www.buanaseni.blogspot.com

Peace be upon you,

UR lives are somewhat influenced by civilisation, historical or contemporary, both with significant impact. No doubt ancient civilisations extinct, but they leave behind elements of culture, a legacy that survives throughout time. One important element of culture is art. Art and human evolution is inseparable. Unfortunately, many people do take things for granted by ignoring the importance of art. Why do we accept arrogance and ignorance that led art to a forgotten phenomenon in our very life? Even the God and prophets of human civilisation shone through art. Will it not appear awkward if we deny art as part of our existence? Hence it should be honorable for those very rare few, to embrace art, in whatever form it may be. The very least we can do is to show appreciation in the role of these people who have been the sculptor of culture by continuously contributing art in human civilisation.

With sincerity and by God’s will, please do appreciate my blog, “BUANASENI”, a series of art in various forms - poems, song/music, compositions, in various languages; and if technological knowledge permits, graphics of fine arts and photography images; created by myself as well as others whose work I admire. The songs that I admire are recorded in www.jam-the-eadgbe.blogspot.com

With Sincerity
Johan Ishak
4 October 2009
________________________________

www.buanaseni.blogspot.com

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ANUSIA hidup bertamadun. Seringkali tamadun-tamadun mahsyur yang lampau pupus dan hanya meninggalkan kesan-kesan budaya. Antara peninggalan yang memberi corak dan perwatakan budaya adalah seni. Seni dan evolusi kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan. Malangnya, sesetengah manusia dewasa ini menolak dan tidak mengendahkan kepentingan seni. Kenapa perlu angkuh sehingga alpa untuk menguasai dan memahami fenomena seni dalam kehidupan kita? Sedangkan Rasulullah s.a.w. bermukjizatkan seni syair dan sastera tinggi untuk menjinakkan Arab jahiliah, inikan pula insan biasa yang jauh lebih lemah untuk menjalani kehidupan mereka. Oleh itu, berilah seniman, dalam apa bidang seni pun, suatu taraf kelainan sebagai pencorak budaya dan penyumbang ilmiah dalam menjayakan usaha kesinambungan prestasi tamadun.

Dengan ikhlas dan kesyukuran Illahi, terimalah blog “BUANASENI”, satu siri seni yang mengabungkan seni dalam bentuk sajak/puisi, lagu/muzik dan karangan dalam pelbagai bahasa; dan jika mampu berteknologi tinggi, imej-imej lukisan and fotografi hasil nukilan saya dan juga seniman lain yang saya sanjungi. Pengumpulan lagu-lagu di blog www.jam-the-eadgbe.blogspot.com

Dengan Ikhlas
Johan Ishak
4 Oktober 2009

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates